Monday, 26 March 2012

MAJLIS TILAWAH ALQURAN DAN AKTIVITI MAAL HIJRAH PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR 2012

Minggu nie sempatla pergi sekolah untuk tengok majlis yg berlangsung nie. Macam tahun2 yg lalu juga, pertandingan antara rumah. Tilawah alQuran, Berzanji, Hafazan, Khat, Kuiz, Drama, Nasyid.. Berkat kesungguhan semua peserta Tingkatan 4, mereka telah berjaya. Majlis ni juga tak akan berjaya jika penganjurnya, KERISMA, yg diletakkan di bawah Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) tidak melaksanakan tugas dengan sempurna. Mereka dengan jayanya telah menjadikan majlis pada malam itu sebagai majlis yg dapat memberi pengajaran dan nilai2 murni yg baik kepada semua pelajar yg menonton Drama pada malam itu. Tahniah kepada rumah Budiman, Sarjana, Bestari dan Pujangga kerana memberikan persembahan drama yang sungguh hebat malam itu. Hasilnya, rumah Budiman telah muncul Johan bagi drama.  


        Pada malam tu juga, tak disangka pula, Ustaz Ishak minta pengacara Majlis malam tu, Amirul Aiman (Ketua Naqib) dan Arif Johari (s/u Naqib) a.k.a Musang untuk jemput aku sebagai penyampai hadiah. Segan sesangat bila naik pentas tu. Dengan ramainya pelajar batch 29 and 30 kat bawah dewan tu.. Setelah semua hadiah disampaikan, johan keseluruhan diumumkan. Rumah Sarjana berjaya menggondol gelaran JOHAN KESELURUHAN MAJLIS TILAWAH ALQURAN pada malam itu. Tahniah kepada warga Sarjana. kepada yang tak berjaya dan yang kurang bernasib baik, jangan putus asa. Banyak lagi pertandingan yang akan dilangsungkan. tahun depan latih adik2 batch 31 untuk menaikkan kembali rumah masing2 supaya dapat merampas gelaran daripada rumah sarjana. Seronok dapat tengok pelajar2 SAMURA dapat menyeimbangkan akademik dengan kerohanian, kokurikulum dan semua aspek yang lain.


    Sebelum tu, sempatlah bergambar bersama junior2ku.... 


wakil rumah pujangga

snap gambar pentas.. haha

pentas SAMURA dah moden.. besar...

my super junior.. Ahmad Haziq @ Nickell


ni gambar dengan peserta tahun lalu yang juga merupakan pelajar bimbingan saya... Zulhelmi dan Syakirah Ismail.. Alhamdulillah mereka berjaya menjadi Johan dan Naib johan tahun lalu untuk Berzanji dan Tilawah


my junior, Muhamad Zulhelmi bin Shuib @ Rock!! gaya Naib Johan tahun lalu...hahaha

scene drama rumah ape ye... tak ingat.... sarjana kot...

HARAP MAAF, GAMBAR TAK CLEAR COZ GUNA FON MURAH JE... HAHAHA....




Monday, 19 March 2012

PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN)

               Tanggal 17 Mac 2012 menjadi sejarah buat diri sendiri apabila berjaya menamatkan latihan di Kem PLKN Rekreasi De’ Bana, Jempol, N9. Perasaan bercampur baur apabila Komandan Kem mengumumkan secara rasminya pelatih kumpulan 1 siri 9/2012 telah berjaya menamatkan latihan dengan jayanya.

                
                Banyak juga kenangan kat kem PLKN ni. Kenangan bersama rakan2 di dorm F, dorm tumpangan, dorm D dan bersama semua warga Kompeni Bravo. Betullah apa yang KJ Fizikal, Cikgu Md. Zin cakap, 50% seronok and 50% tak seronok. Tapi tu semua based on macam mana kita menghayati semua semua program yang telah dirancang oleh pihak kem.
                
                Banyak juga aktiviti yang disertai. Pergi ke lapang sasar Mantin untuk menembak.





                
                Pertandingan tilawah alQuran yang julung kalinya dibuat di Kem tersebut. Alhamdulillah dapat menjadi Johan dengan markah 86%. Walaupun agak kecewa kerana tak dapat berikan persembahan yang terbaik pada malam itu. Terima kasih pada Syifa’ kerana gandingan kami berdua dapat menjadikan Bravo sebagai Johan keseluruhan pada malam itu.
                
               
                
                Seterusnya, majlis penutup program integrasi bersama Integrasi 6 yang dibimbing oleh cikgu Nor Hasimah Md Bakri a.k.a Cikgu Has. Seronok dapat mementaskan adat perkahwinan masyarakat melayu.
 barisan pelakon dan penggerak Integrasi 6

 Pertandingan memasak sempena wirajaya. Bergandingan bersama Alim, Hisham, Amalina, Angry Bird, dan Aqilah. Johan jatuh kepada Bravo lagi.
 


                

2 bulan 17 hari di Kem PLKN memang meninggalkan pelbagai kenangan bersama rakan2, jurulatih semua. Seronok juga PLKN ni, siapa yg dapat pergilah dengan hati yang terbuka (walaupun diri ini tidak sebegitu) 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...