Monday, 19 March 2012

PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN)

               Tanggal 17 Mac 2012 menjadi sejarah buat diri sendiri apabila berjaya menamatkan latihan di Kem PLKN Rekreasi De’ Bana, Jempol, N9. Perasaan bercampur baur apabila Komandan Kem mengumumkan secara rasminya pelatih kumpulan 1 siri 9/2012 telah berjaya menamatkan latihan dengan jayanya.

                
                Banyak juga kenangan kat kem PLKN ni. Kenangan bersama rakan2 di dorm F, dorm tumpangan, dorm D dan bersama semua warga Kompeni Bravo. Betullah apa yang KJ Fizikal, Cikgu Md. Zin cakap, 50% seronok and 50% tak seronok. Tapi tu semua based on macam mana kita menghayati semua semua program yang telah dirancang oleh pihak kem.
                
                Banyak juga aktiviti yang disertai. Pergi ke lapang sasar Mantin untuk menembak.





                
                Pertandingan tilawah alQuran yang julung kalinya dibuat di Kem tersebut. Alhamdulillah dapat menjadi Johan dengan markah 86%. Walaupun agak kecewa kerana tak dapat berikan persembahan yang terbaik pada malam itu. Terima kasih pada Syifa’ kerana gandingan kami berdua dapat menjadikan Bravo sebagai Johan keseluruhan pada malam itu.
                
               
                
                Seterusnya, majlis penutup program integrasi bersama Integrasi 6 yang dibimbing oleh cikgu Nor Hasimah Md Bakri a.k.a Cikgu Has. Seronok dapat mementaskan adat perkahwinan masyarakat melayu.
 barisan pelakon dan penggerak Integrasi 6

 Pertandingan memasak sempena wirajaya. Bergandingan bersama Alim, Hisham, Amalina, Angry Bird, dan Aqilah. Johan jatuh kepada Bravo lagi.
 


                

2 bulan 17 hari di Kem PLKN memang meninggalkan pelbagai kenangan bersama rakan2, jurulatih semua. Seronok juga PLKN ni, siapa yg dapat pergilah dengan hati yang terbuka (walaupun diri ini tidak sebegitu) 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...