Saturday, 6 April 2013

salam perpisahan buat semua.. ASASI PUNCAK ALAM


5 April 2013... tamatnya asasi sains.. setelah 2 semester berjuang mencapai apa yg diinginkan... insyaAllah result final ni akan lebih baik drpd yg dahulunya... pesanan buat rakan2 seperjuangan.. semoga kita berjumpa lagi lepas ni.. sungguh tak dpt dinafikan.. pelbagai kenangan indah, suka dan duka kita telah hadapi bersma.. apa pun result yg kita dapat untuk asasi ni, bersyukurlah, ada hikmahnya jika kita takdpt apa yg kita inginkan.. Allah lebih tau apa yg terbaik untuk kita... seandainya nanti rakan2 telah menyambung pelajaran di peringkat ijazah, jgn lupakan diri ini... 

sentiasalah berhubung untuk teguhkan ukhwah yg telah kita bina ini... kalau dapat universiti yg sama, jgn segan2 untuk kita bersua dan berbual bicara... semoga rakan2 semua berjaya mendapat jurusan yg diminati dan yg diidamkan... insyaAllah seandainya dipertemukan semula pada masa2 yg akan dtg, kita semua akan menjadi insan yg benar2 hebat dan berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara...

sebelum mengakhiri bicara, 

1. Teguhkan iman, tingkatkan takwa, jauhi yg mungkar, dekati kebaikan

2.   Teruskanlah usaha menggapai redha Allah dan jadilah khalifah yg memakmurkan Dunia Allah ini

3.   Kemaafan dipinta jua diberi untuk semua rakan yg mengenali diri ini... seandainya tersalah kata, terlanjur bicara ampunkanlah diriku...

cukup sekadar ini sahaja coretan hati kali ini, selebihnya biarkan simpan di hati supaya menjadi doa buat kalian... 

"Yakin pada kata2 supaya menjadi doa, persepsi bukan doa... " 

wassalam...



masa selama lebih kurg 5 bulan akan dtg ni akn digunakn untuk bekerja... cari pendapatan lebih.. nak tukr macam2 ni.. haha.. ade rezeki dptlah.. alhamdulillah kerja pun dah ade... 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...