Friday, 30 August 2013

SEPANJANG CUTI KALI INI!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Dah lama rasanya tak update post dlm blog ni. Maklumlah agak busy bekerja dan menguruskan hal2 pendaftran university. Tambahan pula, dengan kedatangan Ramadan dan Syawal membuatkan diri ini bertambah sibuk.

Ok lah, kali ni nak cerita sedikit apa yang berlaku sepanjang 4 bulan cuti ni. Mcm2 perkara yang dibuat, terutamanya kerjalah. Kerja kat mana? Aku kerja dekat Amore Confectionery di Yong Peng, sebagai cashier kat department Bao Zone. So kalau sebut ‘Bao’ tu mestilah aku jual pau. Tak kiralah daripada yg jenis kukus ataupun bakar dua2 aku jual. Kerja 4 ptg hingga 2 pagi. Kalau supervisor aku cuti, kenalah masuk 12jam kerja, 6 petang hingga 6 pagi. Mengantuk juga kalau dah tak tidur tu. Haha. Tapi aku puas lah sebb byran gajinya pun lumayan. Setimpl dengan apa yang aku kerjakan. Ramai kenalan baru yang aku dapat, drpd yg semuda 17 tahun hinggalah yang berumur 45 tahun. Semuanya ok kerja dengan aku walaupun kadangkala ada rasa tidak puas hati. Haha, biasalah kalau dah kerja , mesti ada cabarannya.
                Apa yang best kerja kat tempat aku ni aku boleh beljar bahasa mandarin. Daripada kosong x tahu apa2 sekarang aku bolehlah cakap sikit2 walaupun tak fasih. Nak menulis kat kertas tu tak pandai, tapi klau taip kat handphone or baca mesej bahasa mandarin kat phone aku boleh. Terima kasihlah kat Ah Ling sebab ajar aku. Mesti aku rindu dia nnti bila dah sambung belajar. Kira dialaah kawan paling rapat kat kedai tu. Ah Ling ni sebenarnya supervisor tapi dia cool je. Umur baru 18 tahun tapi dah kerja dekat 3 tahun. So memg lyk lah jadi supervisor. Kitorg ni semua baru setahun jagung.

                Alhamdulillah dengan izin Allah aku dapt handle juga program iNTEAM yang dh lama  aku rancg untuk pelajar SM Sains Batu Pahat (SEHEBAT).



 Walaupun mula2 agak mendapat cabaran untuk mendapatkan khidmat fasilitator sukarela, tapi akhirnya program ni dapat dijalankan. Melalui program ni jugalah aku dapat kenal rakan2 baru dan kembali bertemu rakan2 lama. Semuanya ada 13 org faci termasuk aku. Cabaran jadi ketua faci ni agak susah sebb nak siapkan modul and kertas kerja semua. Nasib baik ada Cik Ikin yang sanggup bantu semua ni. Tambah menarik pula apabila semua faci mula buka cerita masing2 dan cerita pasal sekolah, university dan kenalan2 mereka. Tak sangka mereka ini kenal rakan2 aku dan aku kenal rakan2 mereka. Terasa macam kami ini saling berkaitan walaupun tak pernah bertemu. Program iNTEAM ni salah satu objektifnya untuk  eratkan ukhwah antara ahli MPP sekolah tu tapi aku dapat rasa ukhwah antara faci yang sebelum ni tak pernah lagi mantap. Sungguh terkesan dalam hati walaupun dah balik rumah lepas program tu. Berat hati sebenarnya nak tinggalkan sekolah tu and rakan2 faci lepas program tu tapi aku yakin Allah pasti akan temukan kami kembali sebagai sebuah keluarga iNTEAM pada masa yang akan datang. InsyaAllah. Buktinya walaupun tak dapt bertemu semua 13 faci, aku dpt jumpa balik 3 org drpd mereka semasa Syawal. Jalan2 raya lah katakan. Masa jalan2 tu juga aku dpt tahu salah seorg faci ni aka pergi ke Indonesia untuk kursus perubatan. 




Alhamdulillah semua ahli iNTEAM berjaya mengejar apa yang mereka hajatkan. Aku rasa ada hikmahnya aku ajak faci tu jalan2 sekli masa raya. Rupanya itu kali terakhir aku jumpa dia b4 dia fly selang beberapa hari lepas kitorg beraya tu.

                Lepas 2 minggu aku beraya dengan diorg, hari ni aku sempat lagi jumpa dengan seorg lagi faci iNTEAM memandangkan dia sahaja yg dekat dan free pada waktu ini. Jika keadaan di Negara dia belajar kembali aman dan damai, insyaAllah dia akan sambung belajar bulan 9 nnti. InsyaAllah esok kali terakhir aku jumpa dia b4 dia fly sana. 


Jadi tinggallah aku seorg diri dengan haluanku sendiri. Masing2 sudah membawa haluan masing2 dalam pelajaran. GOOD LUCK! Semoga terus maju! Hari ahad ni dah daftr sebagai pelajar IJAZAH SARJANAMUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (BIOLOGI) di salah sebuah RU di Malaysia. Alhamdulillah pilihan pertama masa isi borg UPU. Aku dapt rasakan pelbagai cabaran mennti aku di sana. Fikir positif dan usaha tanpa mengenal erti jemu.  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...