Friday, 30 August 2013

SEPANJANG CUTI KALI INI!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Dah lama rasanya tak update post dlm blog ni. Maklumlah agak busy bekerja dan menguruskan hal2 pendaftran university. Tambahan pula, dengan kedatangan Ramadan dan Syawal membuatkan diri ini bertambah sibuk.

Ok lah, kali ni nak cerita sedikit apa yang berlaku sepanjang 4 bulan cuti ni. Mcm2 perkara yang dibuat, terutamanya kerjalah. Kerja kat mana? Aku kerja dekat Amore Confectionery di Yong Peng, sebagai cashier kat department Bao Zone. So kalau sebut ‘Bao’ tu mestilah aku jual pau. Tak kiralah daripada yg jenis kukus ataupun bakar dua2 aku jual. Kerja 4 ptg hingga 2 pagi. Kalau supervisor aku cuti, kenalah masuk 12jam kerja, 6 petang hingga 6 pagi. Mengantuk juga kalau dah tak tidur tu. Haha. Tapi aku puas lah sebb byran gajinya pun lumayan. Setimpl dengan apa yang aku kerjakan. Ramai kenalan baru yang aku dapat, drpd yg semuda 17 tahun hinggalah yang berumur 45 tahun. Semuanya ok kerja dengan aku walaupun kadangkala ada rasa tidak puas hati. Haha, biasalah kalau dah kerja , mesti ada cabarannya.
                Apa yang best kerja kat tempat aku ni aku boleh beljar bahasa mandarin. Daripada kosong x tahu apa2 sekarang aku bolehlah cakap sikit2 walaupun tak fasih. Nak menulis kat kertas tu tak pandai, tapi klau taip kat handphone or baca mesej bahasa mandarin kat phone aku boleh. Terima kasihlah kat Ah Ling sebab ajar aku. Mesti aku rindu dia nnti bila dah sambung belajar. Kira dialaah kawan paling rapat kat kedai tu. Ah Ling ni sebenarnya supervisor tapi dia cool je. Umur baru 18 tahun tapi dah kerja dekat 3 tahun. So memg lyk lah jadi supervisor. Kitorg ni semua baru setahun jagung.

                Alhamdulillah dengan izin Allah aku dapt handle juga program iNTEAM yang dh lama  aku rancg untuk pelajar SM Sains Batu Pahat (SEHEBAT).



 Walaupun mula2 agak mendapat cabaran untuk mendapatkan khidmat fasilitator sukarela, tapi akhirnya program ni dapat dijalankan. Melalui program ni jugalah aku dapat kenal rakan2 baru dan kembali bertemu rakan2 lama. Semuanya ada 13 org faci termasuk aku. Cabaran jadi ketua faci ni agak susah sebb nak siapkan modul and kertas kerja semua. Nasib baik ada Cik Ikin yang sanggup bantu semua ni. Tambah menarik pula apabila semua faci mula buka cerita masing2 dan cerita pasal sekolah, university dan kenalan2 mereka. Tak sangka mereka ini kenal rakan2 aku dan aku kenal rakan2 mereka. Terasa macam kami ini saling berkaitan walaupun tak pernah bertemu. Program iNTEAM ni salah satu objektifnya untuk  eratkan ukhwah antara ahli MPP sekolah tu tapi aku dapat rasa ukhwah antara faci yang sebelum ni tak pernah lagi mantap. Sungguh terkesan dalam hati walaupun dah balik rumah lepas program tu. Berat hati sebenarnya nak tinggalkan sekolah tu and rakan2 faci lepas program tu tapi aku yakin Allah pasti akan temukan kami kembali sebagai sebuah keluarga iNTEAM pada masa yang akan datang. InsyaAllah. Buktinya walaupun tak dapt bertemu semua 13 faci, aku dpt jumpa balik 3 org drpd mereka semasa Syawal. Jalan2 raya lah katakan. Masa jalan2 tu juga aku dpt tahu salah seorg faci ni aka pergi ke Indonesia untuk kursus perubatan. 




Alhamdulillah semua ahli iNTEAM berjaya mengejar apa yang mereka hajatkan. Aku rasa ada hikmahnya aku ajak faci tu jalan2 sekli masa raya. Rupanya itu kali terakhir aku jumpa dia b4 dia fly selang beberapa hari lepas kitorg beraya tu.

                Lepas 2 minggu aku beraya dengan diorg, hari ni aku sempat lagi jumpa dengan seorg lagi faci iNTEAM memandangkan dia sahaja yg dekat dan free pada waktu ini. Jika keadaan di Negara dia belajar kembali aman dan damai, insyaAllah dia akan sambung belajar bulan 9 nnti. InsyaAllah esok kali terakhir aku jumpa dia b4 dia fly sana. 


Jadi tinggallah aku seorg diri dengan haluanku sendiri. Masing2 sudah membawa haluan masing2 dalam pelajaran. GOOD LUCK! Semoga terus maju! Hari ahad ni dah daftr sebagai pelajar IJAZAH SARJANAMUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (BIOLOGI) di salah sebuah RU di Malaysia. Alhamdulillah pilihan pertama masa isi borg UPU. Aku dapt rasakan pelbagai cabaran mennti aku di sana. Fikir positif dan usaha tanpa mengenal erti jemu.  

Tuesday, 25 June 2013

iNTEAM : SATU PASUKAN. SATU MATLAMAT. SATU HATI. SATU HALA TUJU



Tanggal 21 hingga 23 Jun, tercatat lagi satu sejarah dlm hidup aku... program iNTEAM, kursus kepimpinan pengawas di SM SAINS BATU PAHAT, SEHEBAT... pertama kali aku handle program yang mcm ni... walaupun agak susah dan banyak cabarannya, tapi seronok dan memuaskan... pelbagai pengalaman aku dapt drpd program ni.. manakan tidak, semua yang terlibat ternyata hebat2 belaka... terima kasih kepada barisan fasilitator yang telah menyumbangkan tenaga kepada program ini... 

Jumaat, 21 Jun 2013

aku sampai kat sekolah ni lepas solat jumaat bersama dengan Ashikin dan keluarganya... keadaan agak berjerebu dan risau sekiranya program ini tidak dapat berjalan dengan lancar. setelah siap masuk ke asrma, meeting pertama dijalankan.. alhamdulillah dpt kenal dengan semua faci... ade juga yg memg dah lama kenal... hari first ni mcm blur2 sket... nak tegur pun agak2 malu... tapi on that night, masa forum,aku berdekah semacam bila dengar si izham ni berforum... macm nak pecah perut... seronok dpt berforum bersama org2 hebat... aku pula macm apa mlm tu, semua idea hilang...haha.. ckp je lah apa yg terdaya... :) 


Second Day, semakin seronok... dan semakin memenatkan...walaubagaimanapun, aku dpt rasakan pent yg amat berbaloi....

ni ade sikit gmbr2 masa sesi LDK

my group : EXTRONEOS

TAG SEHEBAT

dri kiri, ikmal, anuar (baju kuning), rafiq, zaini, izham, amiren,
haziq, puteri, alia, izyan, aimi, masliyana

tu dia, abg lahar kita.. Izham



ashikin di situ ye... gmbr dia xde kat ats...

semoga segala input yg diberikan dpt diaplikasikan dlm kehidupan seharian sbg seorg pemimpin... 

insyaAllah ade masa kita jumpa lagi... 




Sunday, 7 April 2013

ASASI SAINS / ENGINEERING UiTM PUNCAK ALAM post 1

Adik2 yg dikasihi kerana Allah sekalian,,, blog post ni ditulis khas untuk adik2 yg ingin atau telah mendapat twrn ke ASASI SAINS DAN ASASI ENGINEERING di UiTM... pertama2nya, asasi kat UiTM ni buat masa sekarang memg kat Puncak Alam.. kecuali asasi law dan asasi tesl kat shah alam atau di kuantan... 

ok, sebelum pergi jauh, saya ni nak cerita lah sikit sebanyak pasal apayg ada kat puncak alam ni.... ok, firstly, kat sini selain ada asasi, ada juga Fakulti Sains Kesihatan dan Fakulti Farmasi.. tidak dilupakan juga Fakulti Pengurusan Perniagaan... Pusat Asasi terletak di tingkat 5, bangunan FSK 1,5 ..... buat masa ni, asasi  masih berada di puncak alam sementara menunggu kampus Pusat Asasi yg akan beroperasi di Dengkil... so, Asasi diterajui oleh :

Prof. Madya Dr. Rosli (pengarah)
Prof Madya Dr. Rozana(ketua asasi sains)
Tuan Syed Illah(ketua asasi kejuruteraan)
Prof. Madya Dr. Sim Lai Har (Pensyarah Kimia)
Prof. Madya Haji Ahmad Abdul Hamid (Ketua Kursus Fizik)
Puan Mazhani binti Muhammad(Ketua Kursus Biologi)
Puan Khadijah Abdul Hamid(Ketua Kursus Matematik)

ni kira org2 atas lah...

lecturer ade ramai... 

so, camne dengan syllabus??

kebanyakannya sama macam SPM tapi memg lebih advance lah...

walaupun namanya Matematik tapi belajar add maths ye... haha... but don't worry... senang je subjek2 ni... memglah dengar macam takut, tapi nnti dah pergi lecture, mesti faham... lecturer kat sini pun sedia membantu...

selain lecture, ade kelas tutorial untuk subjek2 sains... seriously cakap yg tutorial tu memg membntu anda semua untuk score A and dpt 4 flat... lab pun ade juga... untuk bio, kimia dan fizik je la kan...

OK, so, sepanjang berada di UiTM ni camne dengan  kemudahan penginapan?

kat sini, lelaki akan berada di kolej Angsana manakala perempuan di Kolej rafflesia...

tentang bilik penginapan ni,, korg nak pakat2 dengan kawan untuk dapat bilik yg sama atau rumah yg sama pun boleh... lagi senang kalau dah kenal kwn... masa daftar tu nnti pihak pengurusan kolej yg akan bagi bilik...

ok, satu bilik ada 2 org... dan dalam satu rumah ada 4 bilik/3 bilik.. jadi satu rumah akan dihuni oleh 8/6 org pelajar... tingkat paling tinggi untuk setiap kolej adalah tingkat 9... bermula dengan ground floor...







ok, untuk maklumat seterusnya, boleh tengok kat post yg lain... 



Saturday, 6 April 2013

salam perpisahan buat semua.. ASASI PUNCAK ALAM


5 April 2013... tamatnya asasi sains.. setelah 2 semester berjuang mencapai apa yg diinginkan... insyaAllah result final ni akan lebih baik drpd yg dahulunya... pesanan buat rakan2 seperjuangan.. semoga kita berjumpa lagi lepas ni.. sungguh tak dpt dinafikan.. pelbagai kenangan indah, suka dan duka kita telah hadapi bersma.. apa pun result yg kita dapat untuk asasi ni, bersyukurlah, ada hikmahnya jika kita takdpt apa yg kita inginkan.. Allah lebih tau apa yg terbaik untuk kita... seandainya nanti rakan2 telah menyambung pelajaran di peringkat ijazah, jgn lupakan diri ini... 

sentiasalah berhubung untuk teguhkan ukhwah yg telah kita bina ini... kalau dapat universiti yg sama, jgn segan2 untuk kita bersua dan berbual bicara... semoga rakan2 semua berjaya mendapat jurusan yg diminati dan yg diidamkan... insyaAllah seandainya dipertemukan semula pada masa2 yg akan dtg, kita semua akan menjadi insan yg benar2 hebat dan berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara...

sebelum mengakhiri bicara, 

1. Teguhkan iman, tingkatkan takwa, jauhi yg mungkar, dekati kebaikan

2.   Teruskanlah usaha menggapai redha Allah dan jadilah khalifah yg memakmurkan Dunia Allah ini

3.   Kemaafan dipinta jua diberi untuk semua rakan yg mengenali diri ini... seandainya tersalah kata, terlanjur bicara ampunkanlah diriku...

cukup sekadar ini sahaja coretan hati kali ini, selebihnya biarkan simpan di hati supaya menjadi doa buat kalian... 

"Yakin pada kata2 supaya menjadi doa, persepsi bukan doa... " 

wassalam...



masa selama lebih kurg 5 bulan akan dtg ni akn digunakn untuk bekerja... cari pendapatan lebih.. nak tukr macam2 ni.. haha.. ade rezeki dptlah.. alhamdulillah kerja pun dah ade... 

Tuesday, 5 March 2013

dedication from me


sedar ataupun tidak, lagi sebulan je nak tinggalkan dunia asasi ni. Test 2 dan final exam pun dah nak tiba. Persiapan yang cukup perlu dilakukan. bila dah nak akhir semester ni banyak pula assignment yang diberi lecturer. tapialhamdulillah segalanya berjalan lancar setakat ni atas bantuan ahli kumpulan yang sering menberikan kerjasama yang tidak berbelah bahagi. I love you all. 

terima kasih yg tidak terhingga diucapkan kepada ahli kumpulan LAB BIOLOGY saya!!

Sue, Mirah, Iema, Nazeera, Fazrina kerana sentiasa siap lab report sangat awal dr masa yg ditetapkan

kumpulan LAB KIMIA DAN FIZIK

NAZRUL, WERD, DAN ERIF

KUMPULAN VIDEO BIOLOGY

ERIF, SYAHIN, SARINA, IKA,Sue, Mirah, Iema, Nazeera, Fazrina

AND TO ALL D9




THIS IS my room... bosan2 so hias dgn macam2 gmbr biology... BIOLOVE













Sunday, 2 December 2012

The Starting of a New semester for Foundation Science

semester satu dah pun tamat 12 oktober yg lalu... so hari ni, 2/12/12 aku dah balik ke  puncak alam untuk teruskan semster yg kedua. alhamdulillah result semester satu adalah seperti yang ditarget. seronok dapat capai apa yg terhajat di hati. seronok juga dapat jumpa kembali rakan2 yg dahulunya sama2 berjuang semasa semester satu. tak sabar rasanya nak mulakan semester dengan sesi kuliah yang pertama hari esok. kalau tengok jadual, almost semua lecturer sama seperti smester yg lalu kecuali biology. dah tak bersama Puan Mazhani. dah tukar dengan Miss Nor Lizayati. Emm... tak kisahlah siapapun yang mengajar. asalkan niat di hati sentiasa ingin belajar dan mengejar ilmu. kalau tengok rakan2 yg lain, semua macam dah bersemangat. ade yang kata nak tebus kembali semster pertama mereka. ada juga yang sampai tak bawa laptop atas alasan nak fokus. kalau bawa laptop nnti main game saja. tapi bagi aku, laptop ni kemudahn yg aku perlukan. tq kat along coz bg pinjam laptop dia memandangkan dia dah guna laptop company. aku nie jenis yg tak pandai main game, so aku yakin aku tak akan salah guna laptop nie. sekarang nie tunggu elaun dari KPT sajalah. yuran tu nak bayar guna elaun yg diberi. senang dan meringankan beban ibu bapa. 

untuk smester yg kedua ni, aku dah prepare macam2, dari segi nota ataupun bahan2 ilmiah. tq kepada rakan yg sudi membantu terutamanya Cino dan juga Phoelis. hahaha... tu nama samaran diorg. bukan nama sebenar ya... hahaha.. ok lah, cukup untuk kali ini... sehingga jumpa lagi..!!! :)

Wednesday, 26 September 2012

USAHA TAK HALAL...



SEMUA ORANG mesti nak berjaya kan... kalau nak berjaya, mesti kena usaha kan? tapi macam mana usahanya tu? kalau cakap pasal usaha pulak, memang bermacam2 jenis usaha yang orang buat kita boleh tengok. Ada yang sanggup belajar sampai lewat malam, ada yang tak tidur langsung, n bermacam2 macam lagi. lepas kita dah usaha, mesti kita akan rasa seronok bila dah berjaya kan.. betul x? saya rasa betul sebb saya sendiri rasa macam tu. Tapi, nak tanya pulaklah kepada mereka yang usaha secara tidak halal ni. macam mana rasanya bila dapat keputusan? seronok jugak ke? bangga ke dengan diri sendiri? ucap 'Alhamdulillah' ke ? apa yang saya maksudkan dengan usaha tak halal ni? macam pelik je bunyinya kan? usaha tak halal nie sama jelah dengan anda semua meniru, sabotaj, tikam belakang, pecah masuk curi soalan n lain2. mungkin bila kita menipu untuk berjaya nie membuahkan hasil kita cakap "ah, tengok nie, ok je lagi result aku, tak teruk pun"... tapi kita kena ingat, Allah tak bagi balasan on the spot sangat.. mungkin the next exam pulak Allah balas kan? so kenalah kita ingat2kan diri kita sendiri dan org sekeliling kita.


Saturday, 22 September 2012

JOURNEY TO THE END OF SEM. 1 ASASI UiTM PALAM

emm... sedar tak sedar dah hampir 3 bulan kat UiTM PALAM nie...

test1 sudah, test 2 pun sudah nak sampai ke penghujungnya.... 

next month ade final exam.. emm... cuak lah pulak... 

harap2 dapatlah 4.00 and capai cita2 nak jadi Guru Cemerlang Biology ...

macm2 dh aku buat dekat u ni...seronok... selalu study bersama rakan2.. Cino, Stalker,...

tak kering gusi dengar celoteh BonBon@Alifasa... Azmeer... aidil.. Afiq.. walaupun bukan classmates, tapi seronok bersama mereka.. tak lupa juga untuk Hafiz Harman shah @ Neslo....haha

tq to all D9 members too

to my housemates.. walaupun jrg berada di bilik dan di rumah... agak busy ye dgn tugasan kelas dan hal2 peribadi... 

agak2nya dapat lagi tak lecturer n titor yg sama untuk sem depan... 

tq to Dr. Sim Lai Har... chemistry and Miss Hairunnisa tutor

to madam khadijah n puan roselah.. mathematics

sir megat n madam nurul huda... 

miss siti sabrina and madam mazhani for biology...

ms. sathiya BEL260

ustaz ramwan CTU085...

haha.. ni gambar berangan jadi ketua kursus biology... credited to Madam Mazhani Muhammad.. my lecturer biology.... hahaha

kat bawah ni gambar2 kawan2 masa lepas siapkan video biology.. calvin Cycle/ dark Reaction....



amirah n kecik... 


sue hantu pocong

iema the pontianak


faz.. my hantu kum-kum







sedap nama enzyme nie.. macam biskut...



Thursday, 28 June 2012

ASASI SAINS UiTM PUNCAK ALAM, SELANGOR

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada smua pembaca blog nie..
dah lama tak post kat blog nie...
berhabuk dah.. hahaha



maklumlah.. tak sempat.. banyak kerja dan agak busy dengan kehidupan baru sebagai seorang mahasiswa di universiti nie... alhamdulillah, impian untuk study kat UiTm menjadi kenyataan.. tapi ramai juga yang tanya, kenapa aku nak belajar kat UiTM.. result bagus tak nak ke minta kat _M ? tulah salah satu persoalan yang sangat ramai org tanya.. perlu sangat ke masuk _M tu? UiTM tak bagus ke? siapa kata tak bagus? kakak aku pun dulu student UiTM juga, degree in Science Biomolecular.. hebat kan... so, jgn nak bandingkan sangat universiti mana pun.. yang penting kalau kita dapat manfaatkan sepenuhnya lecture and all the things kat sini, insyaallah semuanya akan jadi ok dan tak mustahil akan dapat 4.00.... 

stop talking about that, so we enter the next chapter..

nak dijadikan cerita, aku daftar on 3 jun 2012.. 
4 hari MDS yang sangat memenatkan fizikal dan mental... tapi it's ok lah coz kat asrama dulu pun camtu gak... 

my roommate? my housemate?

emm.. semuanya ok je...,. takde masalah dengan diorg semuanya... yang penting kena amalkanlah sikap kerjasama, toleransi dan bertanggungjawab.., satu lagi yg penting adalah kejujuran dalam diri setiap org..

my lecture? start one week after register...

asasi sains macam biasalah ambil 6 subjek, bio, kimia, fizik, maths, agama, and english

diletakkan dalam group D9.. emm. ok je kelas tu,.... takde masalah lah dnegan diorg semua.. cuma cam biasalah.. aku nie pemalu sikit bila dgn org baru... 

kawan?

ramai sesangat.. lagi2 yg dari SAMURA.. tak cukup lau nak kira guna tangan...
selalu lepak dengan cino, faizal dan geng2 yang lain.. lecture pun dapat satu group.. seronok dan senang lah sikit kerjanya.

alhamdulillah, setelah lama kat sini, semalam dilantik sebagai pengerusi kelab berbasikal under miss syakireen.. haha.. insyaallah akan laksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh amanah...

so, ini sajalah coretan kali ini.. lain kali ada masa, tulis lah lagi... nak gi siap2 untuk solat and gerak ke DKK12 untuk lecture chemistry dengan PM Dr. Sim Lai Har... semoga tak mengantuklah dalam kelas nanti.. coz 2 jam kelas.. lama tu.. lagi2 dh ptg.. surely akan terlelap sekejap... ok 

Maassalamah
wailalliqa'

Assalamualaikum...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...